Tuesday, August 3, 2010

Assalammualaikum. Kepada hamba Allah yang ada pengalaman di dalam merawat penyakit sihir dan gangguan makhluk halus terutama sekali saka...ingin sekali saya berkongsi pengalaman dengan anda. Saya tak pernah mengikuti kelas rawatan secara formal tetapi diajar semasa isteri saya menerima rawatan. Terima kasih kepada Ust. Ali Hj Ahmad dari Darul Syifa'(sessi 1978) yang selalu mentarbiah ketika isteri saya mendapatkan rawatan. Beliau juga mengajar saya melakukan zikir dan membaca beberapa ayat yang asas untuk membenteng diri malahan sebagai permulaan saya untuk melakukan rawatan. Selepas 5 tahun, saya terus mendapatkan rawatan di Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan, di Kuang Selangor. Ust. Abdul Majid mengajar saya secara tidak langsung dan beliau menyuruh saya melakukan rawatan isteri di rumah. Berbekalkan sebatang besi dan ilmu dan tunjuk ajar dari 2 orng guru inilah, saya memulakan rawatan ke atas isteri saya yang mengalami gangguan sejak 25 tahun yang lalu. Apabila timbul kesulitan saya akan hubungi Ust. Abdul Majid. Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya telah pulih. Insyallah, kesabaran, keikhlasan dan doa akan berjaya. Apa yang terjadi itu ada hikmah yang tersurat dan tersirat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui

No comments:

Post a Comment