Thursday, August 12, 2010

Pengalaman Merawat 1(24/10/2008)
Selepas membaca surah Al fatihah dan selawat, saya memulakakn rawatan ke atas pesakit. Saya bacakan ayat 102 dari surah Al Baqarah dan Ayatul Kursyi. Saya dapati ada pergerakkan positif. Dengan alatan sebatang besi stainless steel saya meneliti dari mata dan terhenti di kelopak matanya. Jin yang berada di situ menjerit dan bersetuju untuk ke serambi Madinah.
Selepas itu saya mengesan di bahagian perut, dan jin-jin di situ menjerit. Saya cuba tarik keluar tapi gagal. Saya lakukan sembelihan tapi masih gagal. Menerusi dialog, saya difahamkan bahawa ia bagaikan parasit yang melekat di perut. Setiap kali ditarik perut akan bergerak beralun dan muka pesakit berkerut kesakitan. Parasit inilah yang pernah dikesan oleh doktor pakar di Teluk Intan(" some sort of living thing inside"). Beliau menasihatkan suami pesakit untuk berubat secara perubatan alternatif. Saya cuma dapat tarik sedikit dengan izin Allah dan berdoa semoga ianya keluar sedikit demi sedikit. Saya meneruskan penelitian di bahagian pinggang dan jin-jin  di situ menjerit. ternyata ianya ditanam dan dipuja bersama rambut, darah dan gambar pesakit. Tenik menarik keluar dan sembelihan tak menjadi. Saya hubungi Ust. Abd. Majid. Beliau menyurah saya tarik benda yang tertanam dari jauh secara spiritual. Saya bermunajat kepada Allah dan tarikan dari kedua berjaya dan menyatukannya. Saya melakukan sembelihan selepas gagal memujuknya keluar. Selepas itu pesakit mulai nampak sedar. Saya suruh pesakit mengucap dan membaca Ayatul Kursyi. Pesakit nampak tak selesa dan mula nak marah. Saya berdialog meminta ia keluar tapi enggan. Menurutnya pesakit yang menyeru dia datang. Rupa-rupanya ianya jin untuk kecantikan. Pesakit pernah mengajar ibunya yang buta huruf untuk membaca mentera semasa di sekolah rendah lagi. Jin-jin ini hadir kepada ibu pesakit dan juga kepada pesakit. Apabiola di baca ayat Amanarasul, jin-jin tersebut mengerang memegang muka menyatakan mukanya terbakar.Jin-jin itu minta tempoh, bersolek dan bersetuju ke Serambi Madinah.
# Inilah amalan yang sering diamalkan dikalangan masyarakat Melayu tanpa menyedari kehadiran makhluk halus di dalam mentera yang diamalkan. Mentera yang diamalkan bukan sahaja untuk kecantikan malahan ada untuk menundukkan samada isteri,suami mahupun orang lain. Adakah cara ini benar? Adakah niatnya tak salah lebih-lebih lagi menundukkan orang yang tak zalim untuk kepentingan kerjaya sahaja. Rujuklah ulamak yang arif untuk mendapatkan hukum yang sahih....


No comments:

Post a Comment